PUSINGAN 1 ARRC 2020: APA KEISTIMEWAANNYA?

Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM edisi ke-25 akan bermula pada 7 dan 8 Mac ini di Litar Antarabangsa Sepang. Berikut antara beberapa perkara yang anda boleh jangkakan pada edisi pembuka tirai musim ini:

PERLUMBAAN PALING MENDEBARKAN, TERBESAR, PALING LIAR SERTA DI LUAR JANGKAAN

Ini sajian terbaik buat anda peminat sukan permotoran kerana jentera BMW S1000 RR akan turun untuk mempertahankan gelaran juara Asia berdepan cabaran daripada pesaing terhebatnya seperti Ducati Panigale V4 R, Honda CBR RR R Fireblade, Kawasaki Ninja ZX-10RR serta Yamaha YZF-R1M.

Berikut dipaparkan sedikit informasi mengenai kategori jentera yang akan bersaing pada edisi pembuka tirai minggu ini:

ASB1000 – TERBESAR, TERHEBAT

Ini merupakan medan pertarungan buat nama-nama besar dalam sukan permotoran di Asia. Tumpuan sudah pasti terarah kepada juara bertahan, Azlan Shah Kamruzaman yang bakal berdepan tentangan sengit daripada barisan pencabarnya seperti Zaqhwan Zaidi, Broc Parkes, Yuki Ito, Federico Sandi, Markus Reiterberger, Thitipong Warokorn, Apiwath Wongthananon dan ramai lagi.

 

SS600 – PALING LIAR

Kategori ini dilabel sebagai ‘budak jahat Asia’.  Ratthapong Wilairot dan Ahmad Yudhistira bakal menjadi perhatian dalam kelas 600cc yang bakal menghadapi cabaran daripada pelumba yang sedang meningkat naik seperti Azroy Hakeem Anuar. Begitupun, Muklada Sarapuech yang merupakan pelumba wanita pertama beraksi satu musim penuh dalam kelas 600cc tidak boleh dipandang mudah oleh pelumba lain.

 

AP250 – YANG PALING MENDEBARKAN

Kelas AP250cc ini tidak pernah gagal memaparkan persaingan sengit dan situasi itu bakal berterusan musim ini. Bagi edisi 2020, sejumlah 23 pelumba telah mengesahkan penyertaan.

 

UB150 – PALING SUKAR DIRAMALKAN

Tiada siapa yang berani meramalkan pelumba mana yang akan menguasai saingan perlumbaan Underbone. Ia perlumbaan yang sangat sengit dan setiap pelumba bersaing terlalu rapat antara satu dengan yang lain. Situasi itu sudah menjadi kebiasaan dalam saingan kelas Underbone. Pendahulu perlumbaan bersilih ganti di setiap selekoh kerana semua pelumba akan mempamerkan kehebatan masing-masing ketika berada di atas litar.

 

 

 

2. TIADA TIKET, TIADA BAYARAN PARKIR, TIADA KEKECOHON – MASUK ADALAH PERCUMA KE GRANDSTAND BUAT PARA PENONTON

Para peminat sukan permotoran tidak perlu risau untuk membayar harga tiket dan parkir apabila menyaksikan Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini. Lebih menarik, pintu masuk ke kawasan grandstand akan dibuka kepada orang ramai pada 7 dan 8 Mac. Anda hanya perlu datang ke SIC, sekali gus menikmati keseronokan yang bakal ditawarkan pada edisi pembuka tirai ARRC 2020 ini!

3. KEISTEMEWAAN PARKIR KHAS KEPADA PARA PENUNGGANG MOTOSIKAL SERTA KUMPULAN KONVOI

Aksi Pusingan 1 ARRC bukan sekadar perlumbaan tetapi turut dianggap sebagai Fiesta Motosikal. Para penunggang motosikal akan menikmati keistimewaan tempat parkir.

Satu kawasan lapang akan dijadikan sebagai zon parkir dan ia dijamin selamat.

4. KEMPEN HAPPY BAG – PELUANG MEMBAWA PULANG SEBUAH MOTOSIKAL BAHARU JENAMA HONDA RS150 ATAU YAMAHA Y15

Anda mungkin menjadi pemenang bertuah untuk membawa pulang sebuah motosikal baharu sama ada jenama Honda RS150 atau Yamaha Y15.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan berbelanja RM50 untuk mendapatkan satu Happy Bag.

Apa kadungan dalam Happy Bag tersebut? Ia mengandungi satu botol minyak pelincir enjin motosikal jenama Idemitsu 10W-40 serta sehelai baju-T edisi terhad sempena sambutan ulangtahun ke-25 ARRC.

Happy Bag tersebut bernilai RM100.

5. PITWALK – PELUANG PEMINAT UNTUK BERJUMPA BARISAN PERSONALITI DI PADOK ARRC

Para penonton akan diberi peluang menyertai pitwalk selama satu jam sebelum perlumbaan pada hari Ahad (8 Mac) bermula.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk berselfie dengan pelumba kegemaran anda. Sepanjang pitwalk ini, anda juga boleh meminta tandatangan daripada para pelumba selain mendapatkan cenderahati kenang-kenangan daripada setiap pasukan.

 

6. 12 NEGARA, 80 PELUMBA, PELBAGAI KATEGORI PERLUMBAAN SERTA PERLUMBAAN TANPA HENTI

Kejuaraan Motosikal Asia FIM merupakan gelanggang yang menawarkan pelbagai kelas perlumbaan iaitu daripada kelas Underbone sehinggalah ke kelas Superbike.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi hebat ini secara langsung di Litar Antarabangsa Sepang kerana barisan pelumba terbaik daripada 12 buah negara akan beradu tenaga memburu kemenangan pertama musim ini.

Ayuh! Apa tunggu lagi, datanglah beramai-ramai ke Litar Antarabangsa Sepang minggu ini (7 dan 8 Mac) untuk menyaksikan perlumbaan terunggul di Asia itu.